Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Harini Hafeez CUCKOO akan terangkan kepada Tuan / Puan untuk membuat bayaran bulanan CUCKOO melalui JomPAY.
JomPAY adalah alternatif cara bayaran bulanan CUCKOO sekiranya anda telah menukar kad bank/kad kredit atau akaun bank.
Bayaran melalui JomPAY boleh dilakukan melalui semua platform online banking seperti maybank2u dan CIMB Clicks.
Bagi semua platform bank yang Tuan/Puan gunakan, terdapat 3 kod utama yang diperlukan;
1) Biller Code Biller Code bagi CUCKOO adalah 69435 bagi semua platform online banking.
2) Ref 1 Ref 1 adalah Sales Number bagi mesen penapis air, penapis udara atau produk lain CUCKOO.
Sekiranya Tuan/Puan mempunyai beberapa produk CUCKOO, Tuan/Puan perlu membuat bayaran beberapa kali dengan Ref 1 yang berbeza.
Tidak pasti apa Sales Number bagi mesen Tuan/Puan? Tuan/Puan boleh hubungi agen semasa pembelian atau semak pada e-mail atau semak pada applikasi CUCKOO + atau hubungi CUCKOO Hotline.
3) Ref 2 Anda boleh meletakkan no telefon bimbit anda.
Jom Hafeez CUCKOO tunjukkan langkah-langkah untuk membuat bayaran melalui online banking maybank2u.
LANGKAH 1 Login maybank2u dan klik PAY&TRANSFER.
LANGKAH 2 Pilih Pay To JomPAY dan masukkan biller code CUCKOO 69435.
LANGKAH 3 Masukkan Ref 1, Sales Number bagi mesen penapis air, penapis udara atau produk CUCKOO lain Tuan/Puan.
LANGKAH 4 Masukkan Ref 2, no telefon bimbit anda.
LANGKAH 5 Masukkan amount yang anda hendak bayar.
LANGKAH 6 Klik agree bagi terms&conditions bayaran melalui JomPAY.
LANGKAH 7 Klik PAY dan masukkan no tac yang dihantar oleh maybank kepada no telefon bimbit.
LANGKAH 8 Hafeez CUCKOO menyarankan Tuan/Puan untuk simpan resit bayaran yang dibuat melalui JomPay.
Kebiasaannya pihak finance CUCKOO akan mengambil masa 1 hari bekerja untuk kemaskini rekod bayaran yang Tuan/Puan lakukan melalui JomPay.
Leave a Reply