MAKSUD HARTA SEPENCARIAN SUAMI & ISTERI

PENULISAN ASAL DIAMBIL DARI FACEBOOK PAGE PEGUAM HARTANAH : SALKUKHAIRI ABD SUKOR

KONSEP HARTA SEPENCARIAN YANG RAMAI ORANG TAK TAHU.

Ramai yang pm saya bertanyakan persoalan tentang Harta Sepencarian.

Oleh itu, disebabkan ramai sangat yang tanya saya tentang mcm mana nak tahu sama ada suami atau isteri layak atau tidak untuk tuntut harta sepencarian daripada pasangannya, disini saya bagitahu formula untuk tentukan harta sepencarian tersebut.

Formula tentang harta sepencarian ini mudah sahaja sebenarnya. Harap dapat dengar dan fahami betul-betul ya.

Secara umumnya, tafsiran Harta sepencarian dalam peruntukkan perundangan adalah harta yang diperolehi oleh pasangan suami isteri dalam tempoh perkahwinan.

Walau bagaimanapun sekiranya harta tersebut diperolehi sebelum berkahwin dan selepas berkahwin kedua-dua pihak ada memberi sumbangan sama ada dalam bentuk wang, tenaga kerja dan sebagainya untuk memajukan harta tersebut, kedua-dua pihak masih ada hak untuk menuntut harta tersebut sebagai harta sepencarian.

Cuma dari segi berapa % bahagian kepentingan masing-masing yang akan diperoleh daripada harta tersebut, itu bergantung kepada sejauh mana masing-masing dapat membuktikan sumbangan masing-masing terhadap harta tersebut di mahkamah syariah.

Hanya mahkamah syariah yang akan tentukan jika tiadanya persepakatan antara pihak-pihak tentang pembahagian harta sepencarian tersebut selepas mereka bercerai.

Harap jelas dengan penerangan saya ini.

Wallahuaklam.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
K-LITERASI

Lagi ilmu berkenaan urusan hartanah suami isteri boleh diperolehi disini

https://eguamanhartanah.onpay.my/order/form/setkombo-3ebook-guaman?fbclid=IwAR0oI2Kiu7Sd8fHQZixJ4zZ5qjA5wxQ0jqa3mbQ9f_33yZZNWXeT_PZazdA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!