MASALAH PERODUA ARUZ | PERODUA ARUZ PROBLEMS

Shared by 019-2912403

UPDATED SEPTEMBER 2020

MASALAH PERODUA  ARUZ  | PERODUA  ARUZ PROBLEMS YANG DI KONGSI OLEH PEMILIK DALAM GROUP FB : Perodua Aruz Owner Club | ARUZ CLUB MALAYSIA ®️

Klik pada link post untuk baca penyelesaian bagi masalah yang dibincangkan.


Alhamdulillah. Masalah bunyi berdengung start dari 60kmh keatas dah selesai. Terima kasih Perodua sgt cepat dan cekap settle masalah. Skang tinggal masalah air condition mode je. Mode terbalik. Tuju ke kaki, keluar kat atas. Tuju ke atas keluar kat kaki. 🤣 Tunggu next gemba utk further details investigate.

LINK POST : KLIK SINI


Nak tanya ada tak yg hadapi masalah mcm saya…..

Kereta akan bunyi ngek… Ngek sblah kanan bahagian belakang. Berlaku setiap pagi. Bila dah gerak dlm 5 km baru hilang bunyi. Setiap pg. Lpas tu hilang. Esok pulak bunyi lagi. Dah dekat 2 minggu.

LINK POST : KLIK SINI


Masalah Kecacatan Perodua Aruz.

Baru-baru saya terima surat daripada Perodua untuk nemeriksa sistem beg udara pada kenderaan alhamdulillah selepas diperiksa ICU yang defect digantikan, pada masa yang sama saya meminta pihak perodua memeriksa Dash Cam yg tidak berfungsi, itupun akan digantikan, kedua2 nya tanpa bayaran. Kepada rakan yang menghadapi masalah dengan Aruz atau kenderaan Perodua mereka yang masih dalam warranty, eloklah terus ke pusat servis berhampiran.

Sebelum ini saya membeli Avanza 1.5G, ada juga komponen yg digantikan secara percuma, seperti differential gear belakang, yg bernilai RM 5,000/-. Pada hemat saya Perodua mengamalkan Prinsip yang sama dengan syarikat TOYOTA. Terima kasih Perodua.

LINK POST : KLIK SINI


Tuan-Tuan dan Puan Puan, Saya ada masalah dengan kerusi kereta terutama Barisan pertama (Passenger and driver side-support kepala tu terlalu longgar). Sila tonton video ini. Sesiapa yang menghadapi masalah yang sama, sila komen. Laporan sudah hantar kepada HQ tapi tak ada jawapan. Kepada pemilik kereta aruz, sila laporkan kepada hq. Terima kasih

LINK POST : KLIK SINI


Salam, nk tye. Spe2 boleh share pengalaman masalah aircond x sejuk aruz. Bukan setiap masa. Tp terjadi kadang2, terutamanya time kete x bjalan di siang hari, ble jalan aircond ok balik.

LINK POST : KLIK SINI


Peace of mind ape benda la perodua ni.
Fius blower terbakar nak kene tunggu 2 minggu baru nak dapat.
Dah dapat (itu pun lepas saya sendiri folo up sebab tgu call tak call call) kata mungkin masalah wiring nak kene turunkan bumbung bagai. Kena bayar pulak fius tu. Xde waranti.
Dah kena letak kereta sehari kat SC Presint 14. Buang masa betullah.
Pastu saya kata boleh tak buat sekali masa nak tukar fuel pump 2/9 nanti dia kata xleh jamin pulak sebab nak tengok apa benda rosak.
Nak order barang lagi…tunggu lagi…bila la nak selesai lah…kereta baru tapi after sales service teruk.
Sekian bebel.

LINK POST : KLIK SINI


Nak share MASALAH BUNYI GEAR BERGESEL perodua Aruz semasa engine idle atau bila2 masa engine bergetar.
Relaks. Berita baek, bukan gear yang bergesel tapi 1 besi dibawah bateri seperti yang sya tunjuk dekat video dibawah. Sebab besi tu x fit, bila engine Cik Zura bergetar, besi tu pun ikut bergetar sekali.
So, x yah takut. Just minta abam mechanic tu ketuk2 sikit untuk bagi fit semula besi tu. (Kredit kepada abam foreman service centre Sandakan, selepas hampir sehari berhempas pulas cari punca masalah)

LINK POST : KLIK SINI


 

4 thought on “MASALAH PERODUA ARUZ | PERODUA ARUZ PROBLEMS”

  1. Ramly

    nak tanya.. kereta saya ada masalah bunyi xtau la nak cakap mcm bunyi tayar bergesel ke berdengung time tengah on speed 160km/h. ada sesiapa tau kenapa tak?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!