UPDATED OKTOBER 2020
MASALAH PROTON PERSONA VVT | PROTON PERSONA VVT PROBLEMS YANG DI KONGSI OLEH PEMILIK DALAM GROUP FB :Proton Persona VVT Owners Club (PROVOC)
Asalamualaikum dan salam sejahtera wahai ahli2 group proton persona.Saya nk share sikit pengalaman negatif yg saya hadapi selama 10 bulan pakai kereta persona.First,lampu gearbox cepat rosak.Dah tiga kali tukar tapi still rosak.Second,bunyi tikus kat dashboard.Lpas tu bunyi bising kat pintu belakang masa brek kat traffic light.Bateri kereta kong dlm masa 10 bulan.Power window problem belah driver dan passenger.Lpas tu selalu sgt keluar asap dari aircond vent.Then ada bunyi ‘kik’kik’ kat kusyen driver.Last sekali lpas reverse kereta dari rumah then masuk gear D selalu jerking.Kereta saya kerap keluar masuk sc.Sebelum ni pakai kereta Suzuki Swift utk 2 tahun satu problem pon xda.
sy pun aircond selalu keluar asap. dan bunyi mcm bocor
Keta thn 2016, jerking sikit time bawak. Lepas tune ecu settle problem. Dashboard rattling, dah masuk tahun ke 3 n 4 dh takde bunyi. Lampu check engine selalu kluar, 2kali gak masuk sc, baru settle sampai skrg ok. And lastly bunyi macam absorber terhantuk belakang sblh kiri, pun settle gak masalah lps complain dkt sc, rasenye mounting getah dkt absorber tu dye ckp. Then sampai skrg xde mslh.
Salam semua. Mengalami masalah aircond Persona sejak Januari 2020.
Februari 2020 hantar ke SC, mereka tak jumpa masalah – cuma topup gas sahaja.
Mac 2020 panas semula. Kerana PKP, terpaksa tunggu sehingga May 2020.
May 2020 pun mereka masih tak jumpa masalah, topup gas lagi.
Jun 2020 jadi semula. Mereka tukar cooling coil – sejuk takat sebulan.
July 2020 on off panas dan sejuk di aircond. Saya syak bukan kerana gas, kerana kalau tiba-tiba dia sejuk, memang seharian sejuknya.
Pada pendapat pakar ataupun yang pernah mengalami situasi sama – di manakah puncanya? Saya sikit lagi nak buat email rasmi ke HQ. Dah hilang sabar.
Thanks.
AE Levin : Aku kena mula2 sc ckp kondenser, tukar skeping… x sampai sbulan panas balik, topup lg gas. Hantar check dorg x jumpa masalah, walaupun da bukak dashboard. Last2 aku g kedai biasa, dorg tukar cooling coil. Settle. Kebanyakkan persona/iris kena tukar dua dua, cooling coil dgn kondenser…
Assalamualaikum.Ingin bertanya.apa masalah ye kalau kita bawak kebih 120kmj lepas tu stereng jadu berat.nk ke kanan kena paut skit then mcm ada rasa kosong baru rasa penuh.
Mana ada pengalaman boleh kongsi tak apa masalahnya.
Terima kasih
Jay Ibrahim Lu Mohd Nooraizat X silap Persona vvt ni guna electric bkn hydraulic asa nya..
Bila bwk laju, mcm Myvi sentiasa ringan je steering time tu la silap skit terus kaw accident. So mcm persona tgh laju, electric power steering tu dis disable then buat berat nnt xda driver error kalau tertolak skit ke ape. Plus senang nk focus and handle when speeding.
Nak tanya, sesiapa yg tahu mcm mna nak settlekan masalah throttle slalu hilang respon. Slain brake switch, apa lagi faktor lain yg mnyebAbkan mslh ni jadi. Tgh tekan minyak tetiba engin xrespon. Kena tekan 2 3 x baru engin ad respon. Dah byk kali msk sc. boring dah asyik pg sc, nk kna cuti bagai. Skali msk skali byr scan kmputer. Brake switch dah 4x tukar. Lepas sc scan komputer mmg cun, tp sebulan lebih masalah tu jadi balik.
Salam kpd semua warga persona vvt. Stop lamp switch (brake switch) persona saya disyaki ada masalah. Kadang2 rasa ‘kosong’ apabila minyak ditekan. Dua hari yg lepas saya bawa kereta check kat 4s service centre (dealer) dekat rumah saya di mana kereta yg dibeli, dan semua schedule maintenance dibuat kat sana. Technician kata switch ada masalah selepas plug in komputer kerana ada error code muncul.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kereta saya baru 4 bulan pakai dan dah ada masalah minyak enjin bocor. Sebelum ni masalah skru longgar lepas 1st service. Boleh share ada ke ahli dalam group ni yg penah kena masalah yg sama macam ni ??
Alhamdulillah,. Dah 3 tahun pakai Persona 2016, dah 95k..
Masalah yg dihadapi stkt ni:
1. bunyi angin kt pintu kiri kanan, dah tukar getah pon bunyi jugak..
2. Bunyi dashboard
3. Gear kalu bawak slow, cth slow kt bonggol jalan, gear jd free,.. report sc, dia setting semula komputer, elok la skjp..
Ada sape2 yg kena mcm ni jugak, n apa solution dia…
Salam 1 vvt..
Akhirnya masalah selesai..
Sebelum ni pernah post keta pesona premium ada bunyi mcm bearing atau spring gyg..
Dari awal bunyi pelan sampai bunyi jadi kuat lps beberapa bulan guna..bila mula hantar sc dia cakap normal sbb pinging..sc cdgkan tukar minyak 97..sbln guna ron97 bunyi ada lagi dn macam lagi nyaring..akhirnya telipon hq cerita dari hati ke hati dn dapat feedback yg cepat dari sc suruh hantar keta..dn dalam masa sehari di periksa akhirnya dapat kesan punca bunyi..
Setelah tukar oneway valve bunyi tu dh takde..tlg peka pada kereta anda dn jangan mudah percaya dgn andaian semata..
Kejayaan yg di perolehi selain kes ni masalah delay masa tekan minyak pun dh takde setelah mintak pihak sc ejaskan…
Harap lepas ni tak jumpa masalah lagi…
APA PUN PEMANDUAN TETAP TERBAIK DGN PESONA VVT?
Assalamualaikum. Harini kereta kena tinggal 2 hari sebab masalah
– seat belakang bunyi
– reverse sensor tak bunyi. Bila masuk gear R jap bunyi jap tak bunyi
– dashboard berbunyi
Sc cakap dashboard kena bukak then letak pelapik kt dalam.
Siapa ada masalah mcm ni lpas baiki jadi ok balik tak? ?
Salam semua kwn Persona. Dah 9 bulan mengalami masalah dashboard berbunyi. Dan sebanyak 3 kali kereta pergi SC untuk diperbaiki. Tapi kononnya SC tak ambil perihatin sebelum ini. Kini 100% masalah ini diatasi selepas membuat aduan kepada “Proton Customer Care”. SC tempatan baru mengambil tindakan yang sewajarnya. Hari ini Proton Customer Care membuat panggilan kepada saya. Saya memberi komen kepadanya, masalah dashboard dah selesai, tapi sikap pekerjaan SC ini telah membuang masa saya sebanyak 3 kali untuk satu perkara.
tumpang tanya, kete persona koi ada masalah lah, stress aku… mati kan enjin+cabut kunci, kipas enjin hidup terus x berhenti, masuk kunci+on or start enjin kipas terus stop/berhenti…dah terbalik pulak…meter air pun jadi panas mase panaskan enjin, kenderaan still statik…blum jalan lagi… ada sesape pernah kena camni x…tau tak ape masalah…
#dalam kuantan kt mane pomen pro n puas hati bile buat kerja/harga berpatutan
Dah kali ke 3 jadi, xtau lah masalah ape, nak tukar gear ke P ketat, lepas tu terus x boleh detect P.. Kalau letak kat P akan naik simbil kat meter suruh shift ke P, dan bila off enjin x boleh nak start, so gear kena letak di N shj.. Kali pertama dah claim warranty dgn proton servis centre.. Ini dah kali ke 3 benda yang sama jadi..
Salam, nak tnya anyone yg tau kereta sy 2 hari ni ader masalah biler dari slow then, tekan minyak dier x pergi i mean dier macam delay 5 ker 6 second then, sy kne tekan dlm 2 ke 3 kali jgk. Baru naik kelajuan….smlm jadi sekali jer tapi harini macam berkali2 pulak?
Salam kawan².. Sesiapa dalam group ni pernah kena masalah gearbox CVT?
Saya dah Jalan 155,000km dan sekarang gear D tak fungsi. Reverse boleh tapi forward tak boleh.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..sy nak bertanya ni kalau ada sapa2 yg boleh bantu..sy dh refer dekat SC berkenaan masalah power window sebelah driver lambat nak naik..pomen proton SC tu beritahu masalah tu disebabkan tinted sy tebal sangat..betul ke disebabkan itu..tp sebelah penumpang depan dan belakang x ada apa2 masalah pon..ada sapa2 tahu apa masalahnya ye..tq?Pok Dee Asmadie baru je setlekn masalah yg sama kt geng provoc southern, dah setle dh cuma perlu pegi mr.diy cari benda ni.
Salam..
Kereta korang masih ada masalah rattling x? Ada pernah p install noise kit x? Klo ada mcm mana keadaan kereta korang sekarang?..masih berbunyi?.. aku punya dah 3 kali p install dgn repair noise kit dekt proton cose. Tapi bunyi tetap sama. Ke mmg batch 2016 saja ada masalah ini..
Kawan yg lain beli tahun 2017 xde masalah ni katanya.. sila share pengalaman korang..
Salam…aku pun pakai persona vvt….beli masa tahun 2018…pasal bunyi dashboard tu memang mengangu masa bawa keta…sampai sekarang masih berbunyi lagi…tu pun dah pergi sc claim noise kit sebelum ini..bila waktu pagi lagi kuat bunyi dia bila dah kena panas kurang sikit bunyi sebab noise kit tu hanya material macam span yang duk lekat kat tepi pintu yang warna hitam tu ja….yang paling tension bunyi ‘kaq.kaq..kaq’ macam benda longgar…p sc sampai dah naik feedup..bila owner bagitau bunyi aku siap rakam guna vedio tu pun tech kat sc cari tak jumpa apa masalah dia…last sekali cari sendiri bunyi tu bahagian mana..last sekali jumpa gak kat aku.. punca cover fan radiotar punya pasal.. cover tu pakai klip ja…klip tu tak fit betul2. mau x berbunyi bila bawa..lagi teruk bila kena garisan kuning…last bawa p sc panggil sa tunjuk kat dia..last tech ambik gam ja kat semua 4 penjuru klip cover fan tu…selesai masalah pasal bunyi yang menhantui aku selama ni..
Salam…aku pun pakai persona vvt….beli masa tahun 2018…pasal bunyi dashboard tu memang mengangu masa bawa keta…sampai sekarang masih berbunyi lagi…tu pun dah pergi sc claim noise kit sebelum ini..bila waktu pagi lagi kuat bunyi dia bila dah kena panas kurang sikit bunyi sebab noise kit tu hanya material macam span yang duk lekat kat tepi pintu yang warna hitam tu ja….yang paling tension bunyi ‘kaq.kaq..kaq’ macam benda longgar…p sc sampai dah naik feedup..bila owner bagitau bunyi aku siap rakam guna vedio tu pun tech kat sc cari tak jumpa apa masalah dia…last sekali cari sendiri bunyi tu bahagian mana..last sekali jumpa gak kat aku.. punca cover fan radiotar punya pasal.. cover tu pakai klip ja…klip tu tak fit betul2. mau x berbunyi bila bawa..lagi teruk bila kena garisan kuning…last bawa p sc panggil sa tunjuk kat dia..last tech ambik gam ja kat semua 4 penjuru klip cover fan tu…selesai masalah pasal bunyi yang menhantui aku selama ni..
Persona Aku ok lagi alhamdulillah dah 1 tahun pakai Yang 2019 punya . Cuma dashboard kadang2 bunyi Alaa biasalah . Aku risau gearbox auto Aku ni ja setakat ni ok takut selalu lenjan rosak gearbox . Kenapalah manual tkde sekarang ni sedap sikit nak lenjan hahaha
Salam sahabat persona..sy baru miliki persona vvt 2021…nak tanya..stering memang bergegar ke?…walau dlm keadaan parking..lg 1..memang kelajuan persona nie..memang x laju ke…bile tekan minyak..enjin jea meraung..tp x laju pon..berat semacam…ade sesiapa ke kena masalah yg sama…camne nak mengatasi mslh nie…mohon bantuan n pendapat
Lampu hadapan tam mati dah off
Salam sahabat persona vvt..aku pki persona vvt std 2021..nak tanya la rakan2 yg lain…memng persona vvt ade rs gegaran ke pg stering kereta..aku dah pergi SC..n katenye..memang rs gegar camtu…rs heran plk…kereta baru bergegar camtu..harap ade rakan sahabat yg sudi membalas persoalan sy
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya pakai persona tahun 2018. Awal2 dah ada masalah aircond. 3 kali topup gas check bocor takde masalah. Tapi aircond tak sejuk. Last2 tukar 1 set cooling coil dan codensor. Settle hal tu, muncul hal lain. Temperature naik waktu balik kg. Singgah kedai radiator, service dan tukar thermostate. Jadi overheat lagi. Service lagi… Jadi lagi. Bawa check cucuk computer pun tak detect apa masalah. Tukar radiator. Selesai kejap masalah. Laaa ni jadi balik. Kete akan overheat kalau tak bukak aircond. Ada kata masalah kipas. Tapi check moto dan blade masih ok. Check pulak temperature switch. Dan tukar. Tak settle jugak. Power window belah pemandu jem habis. Bunyi enjin berdesing mcm ada bunyik bingit. Seat belt sensor kt belah penumpang jd gila. Ada org duduk pun bunyi tiap masa. Yg terbaru. Bila kereta kita start dan tekan pedal minyak dalam keadaan gear neutral, enjin akan semput dan rpm akan kekal pada 2500. Bila bawak jalan pun semput. Bila tekan minyak untuk potong pun enjin mengaum mcm harimau proton. Stress saya. Ingat beli kereta baru boleh la tahan 5 tahun tanpa apa apa masalah kritikal. Saya nasihatkan tak payah la support beli produk proton ni. Merugikan. Bila pegi SC dia tekan cukup mau harga buat itu ini. Tapi tak de solution. Bini saya pakai Alza keluar tahun 2018 juga. Tak ada apa apa masalah sampai skrg. Service berkala sama je mcm proton. Saya mmg frust. Rasa nak jual je balik. Kalau ada kawan2 yang boleh bantu bagi tahu solusi tentang masalah yang saya hadapi ni. Mohon untuk maklumkan. Terima kasih
Persona 2021 tunjuk spanner 🔧 macamana boleh padam
Saya guna pesona sv 2016 . Baru ni ada msalah bila masuk gear R tersenggut bunyi ” glug” bila nak gerak tekan pedal minyak kosong . Kereta tak gerak . Lampu kuning di panel meter menyala .
Saya dah pergi ke EOn Servis di beritau thortle body kotor . Apa kaitan thortle body dgn gear dan pedal minyak ? Adakah bahagian injin yang rosak ?
Salam member vvt persona , model 2016 masalah bila start kereta lampu break abs menyala menyebabkan kereta tak bole kedepan atau kebelakang.
Saya hantar sc dan scan dia kata plunger gear box rosak kena ganti gear box yg baru kos dlm 8k
Nak minta idea member2 semua