MASALAH PROTON X70 CKD/CBU | PROTON X70 CKD/CBU PROBLEMS

UPDATED SEPTEMBER 2020

MASALAH PROTON X70 CKD/CBU | PROTON X70 CKD/CBU PROBLEMS YANG DIKONGSI DIDALAM GROUP FB : Malaysia X70 Community (MYX70COM) | X70OCM (Proton X70 Owner Club Malaysia) | Proton X70 Community Owner Malaysia (X70-COM)

Klik pada link post untuk baca penyelesaian bagi masalah yang dibincangkan.


5 hari lepas saya ada post ttg x70 saya baru selesai mendarat.. now nak cerita kelebihan dan masalah yg saya hadapi untuk servis 10015km..
P/s: post ni agak panjang ya, kalau boleh yg mana nak tanya soalan tu, tanya perkara yg tak di mention dalam ni ya..huhu
Masalah
1. Pintu penumpang depan sangkut, tak boleh buka(bila kereta dalam keadaan senget kiri atau kanan)
Rasanya ni kes pertama dlm banyak2 masalah x70 kan.. bila kereta dalam keadaan curam, pintu tak boleh di buka, macam sangkut something.. dari luar dan dalam mmg tak boleh.. first time berlaku terpaksa panjat ke sebelah driver untuk keluar..
Nak lock/unlock tak boleh sebab sistem detect yg pintu tu dah unlock… Solusi yg saya fikirkan masa tu, kena tekan pintu tu dari luar kuat2 sampai dia rapat balik, baru boleh tapo yg ini pun kena cuba buat beberapa kali jugak baru jadi..kalau korang tak faham, boleh refer video di bawah ya..
Time kat sc, saya siap pergi jumpa technician terus cakap f2f sambil tunjuk video sebab ni first case berlaku. Pastu diorang cakap diorang adjust benda apa ntah..tapi sekarang ni okay dah, cuma tak try bila keadaan betul2 curam lagi..
2. Gear tak masuk(minor je kot)
Berlaku sekali je, nak masuk parking kat tesco..macam biasalah betulkn parking sikit..masa nak reverse dari gear d, saya tolak gear untuk masuk R, tiada response..maksudnya gear still D(take noted saya dah tekan butang gear dan brek ya).. try beberapa kali mmg tak boleh..solusinya saya tekan P dulu, dan selepas tu boleh masuk macam biasa..dan benda ni dah tak berlaku dah… Hanya sekali tu je berlaku.. jadi saya abaikan je lah
3. Protonlink daftar dgn nombor lain
Ni hal kecik je cuma just nak highlight sebab bila kereta dah dapat tapi sms still tak dapat2 maknannya ada something wrong la dgn number tu..solusinya senang je, call je customer care proton, dalam beberapa jam terus dapat tukar.. cuma nombor yg didaftarkan tu mmg nnor lain, tak kenal pun.. bagi saya agak bahaya la jugak sebab pemilik nombor tu boleh menggunakan proton link utk tgk lokasi kereta dan boleh lock/unlock πŸ˜₯
Done utk masalah yg saya kena.. hahaha πŸ˜‚πŸ˜‚ tapi setakat ni alhamdulilah masalah lain takder lagi..
Untuk kelebihan pulak, saya ringkaskan je la..sebab kereta mmg padu pun.. tapi saya highlight beberapa point yg best..
1. NVH mmg padu
Series terbaik dari segi senyap apa semua..mmg setaraf kereta conti lain, cuma bila pasang door visor,ada bunyi angin sikit je..yg lain mmg terbaik
2. Kualiti premium
Dari segi kualiti mmg nice sangat..ni proton generasi baru πŸ₯Ί
3. Performance kaw teruk
Bila nak memecut, press minyak, dan turbo kick in, terus naik..mmg power dgn berat hampir 1.7tan ni
4. Minyak okay je
Tbh, saya tak kisah pun pasal minyak jimat ke tak sebab kalau minyak habis, isi je lah, stesen minyak kat malaysia ni banyak..pada pendapat saya, kalau yg bising pasal minyak apa semua tu, cuba check balik sebenarnya mampu ke tak pakai kereta 100k ni? If mampu, it should not be any issue pun..tapi minyak macam lebih kurang iriz je(iriz premium 2014)please take noted bukan pasal saiz tangki tapi distance yg boleh pergi..
Yg lain2 macam member2 lain share lah mmg value teruk kereta ni dgn nilai yg kita bayar… Mmg puas hati giler sangat.. and fyi saya tak pernah pun test drive kereta ni, sebab mmg yakin dgn komen positif org cakap..
Jadi pada yg cctv tu, kalau duit bukan isu dan still teragak2 nak beli ke tak, series ni la pilihan yg terbaik πŸ‘

LINK POST : KLIK SINI


Minta komen kereta X70 ( baru jalan 4200 Km ), sudah hadapi masalah Atuator Mode, iaitu masalah blow depan air conditioner. Adakah masalah ini sering berlaku kpd X70 ? Thank you

LINK POST : KLIK SINI


Hello, siapa ada masalah screen xboleh nak on? Tekan2 button on die xnak on, disebabkan screen ni xleh nak on, segala censor depan belakang x berfungsi πŸ˜‘πŸ˜‘

LINK POST : KLIK SINI


Dah 2 kali send ke SC, bunyi absorber belah belakang tayar bunyi krik krok krik krok mcm bwk van buruk, dah letak grease bagai still bunyi lagi. Ade jalan penyelesaian x?? Ke mmg kene antar kat pakar tayar shop jaa buat ni, nak suh tukar absorber sc xde parts plak pastu deny mcm2 yg bukan masalah absorber. Dah kebuntuan dah ni
Update 8/1/2019: g kedai tayar, diorg check semua nat dan skru ketat xde yg longgar. Diorg apply grease kt bahagian rubber bushes area absorber tu. Sc cume apply grease bahagian area atas. Seat dah ketatkan bagai masih bunyi. Tapi pas dah apply grease kat rubber bushes, bunyi dah kurang. Masih boleh dgr bunyi, tapi minor la. X sekuat mcm sblom ni
Update 9/1/2019: plan to take a long drive today to work and also would like to test and see if this annoying krik krik sound happen again or not. Unfortunately now the noise came back after these kungfu stunts on the grease to the aborber bushes and stuff. Problem still not solved myself. Planning to push down those seats to confirm if the problem actually came from there. Else will have to wait till next wednesday and check in at glenmarie SC for these tech to solve my issue. 3rd time checking in to proton SC, really hope they can solve my issue this time

LINK POST : KLIK SINI


My x70 mengalami masalah utk buka pintu dari dalam atau luar pintu driver. Perbezaan die siang sy perlu tarik 2 atau 3 kali baru pintu buka. Tp malam langsung tak mahu buka. Sape2 yg ada pengalaman yang sama atau Any suggestions what is the problem?

LINK POST : KLIK SINI


Pernahkah kamu menghadapi masalah voice command tiada suara keluar , tapi ada nampak perkataaan jawab anda di screen ? Tadi pergi cuci kereta , naik kereta cuba , dah tak ada suara . Cuba nak setting , tapi tiada volume di bahagian voice command . Lepas tu baik lagi πŸ˜…πŸ˜‚πŸ€£ boleh dengan suara voice command

LINK POST : KLIK SINI


Adakah sesiapa menghadapi masalah yg sama? X70 sistem penapisan x baik, terutamanya apabila i mengikut belakang kenderaan,bau dari luar terus masuk ke dalam kereta.

Does anyone facing the same prob?

The car filtration system x good, expecially when i follow the back of any vehicle, the smell goes directly into my car😰😰😭.

LINK POST : KLIK SINI


Sorry kalo dh ada yg perbincangan mengenai gearbox x70. Saya nk tanya, bila saya guna eco mode saya dpt rasa gear engage xsmooth mcm pki normal mode. Macam ada jerking. B4 this i dh ada tanya pada proton care jika kereta saya tersenarai dlm list yg kne topup atf tp kereta saya xde masalah tu. Persoalan saya, adakah normal kita pakai eco mode ada rasa gear yg xsmooth? Komen yang murni2 ye. Mekaceh βœŒπŸ˜…

LINK POST : KLIK SINI


Hello geng, sebelum gua nak hantar kete ke SC, gua mau tanya sket…siapa kat sini pernah settle dengan SC masalah kereta ada bunyi misteri “duk” di sebelah kiri masa kereta berhenti (nota: complete stop dan autohold tak aktif) tekan minyak, akn terdengar bunyi “duk” itu.
Accelerate from standstill only. Accelerating on the move no issue.
Mysterious sound like “duk” coming from left side and it does not seems like gear changing sound. No autohold or other buttons being applied. Anyone heard the same?
UPDATE & SOLUTION 30/6: I have found out today that root of cause is due to the friction in between the engine cover and air filter box cover, just place something like sponge to eliminate the friction and the “duk” sound will b gone. Hope this info helps.
LINK POST : KLIK SINI

Hi geng sekalian.. normal ke bila jalan and bila slow nak berhenti ade bunyi ketak.. ketak.. mcm bunyi brake ke ape ntah..bila laju xde ape masalah.. keta bru keluar ngam seminggu..

LINK POST : KLIK SINI


Tadi airbag icon saya menyala lagi.. setelah hantar di SC mula2 mereka jangka bateri sy dah low sebab tu airbag icon tu menyala kerana menurut SC airbag akan guna banyak voltage bateri (tapi saya baru beli kereta 6 bulan. )
Sebagai langkah berjaga-jaga saya telefon dan bertanya stok bateri x70, tp kebanyakan SC takde stok kerana stok bateri drpd china. (Stop sekejap sebab corona virus)
Tapi lepas tu saya tanya boleh ke saya dapatkan bateri drpd kedai luar, mereka kata boleh cuma selepas install kena pegi ke sc untuk seting semula.
Tapi Alhamdulillah, lepas check, rupanya bateri saya ok lagi, cuma mereka tengah check lagi kenapa airbag icon tu menyala lagi.. sebenarnya ini kali ketiga saya mengalami masalah ni. Ada sesiapa yang pernah mengalam masalah yang sama? Kalau ada boleh share dengan saya mcm mana atasi masalah tersebut. Terima kasih
*komen yang murni sahaja ye ✌🏻

LINK POST : KLIK SINI


Update detail hari itu aircond off tiba tiba tengah jalan. Kereta simpan seminggu sebab tiada masa hantar ke melaka. Baru diketahui kawan, segamat “sudah” boleh repair X70. So, i Cepat cepat hantar untuk repair. Setengah hari check, dapat masalah ” fan speed control module” rosak. SA beritahu saya, barang kena order dalam seminggu atau dua mingguπŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯😲😲…. WTF! Maksudnya, kena simpan kereta dua minggu lagi. Kepada PROTON HQ: betul ke you sell X70 without stock keeping? Satu barang component kecil pun kena order begitu lama? Saya decide servis my X70 all the time in proton servis center in this five years. Tetapi, pengalaman didapati adalah “takut dan kurang confidence” dalam dua bulan ini, i sudah masuk servis center 4kali. First servis with good impression.,tetapi tiada inform kena top up ATF. Terpaksa visit second time untuk Top up ATP, dapati information ini dalam group X70 ini. Lepas siap, on the way back segamat, air cond pula rosak. Third hantar servis center, diketahui, servis center itu tak boleh repair X70. Kali keempat hantar, kena order barang 2minggu…Proton… Proton… KITA KAN DIKETAHUI PELANGGAN VVIP X70? kepada semua kawan X70. Saya saja meluarkan perasaan saya sendiri. Jangan marah marah. Ya!

LINK POST : KLIK SINI


Bunyi bising (yik..yik…..yikkkk) kat tempat duduk belakang… lepas check .. bukan masalah kerusi tak ikut ketat… (unscrew dan pasang balik ketat) ..masalah Tak tahu macam mana bunyi tu keluar juga .. check .. check ..check buka cover boot sebelah kiri.. pasang balik .. BUNYI HILANG 🀣…nasib baik .. problem settle .. πŸ™πŸ»
*CKD – kereta baru 3 bulan .. all under warranty.. FOC .. no charge for it πŸ‘πŸ»
*service technician come with patient to settle the issue πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»

LINK POST : KLIK SINI


Dua tiga hari lepas saya bersihkan carpet kereta dan dapati air bertakung kat seat blkg sblh kanan. Ingatkan anak tumpahkan air senyap2.
Pagi sampai petang jemur bawah cahaya matahari. Mlm keluar, dan kebetulan hujan lebat masa nak balik.
Esoknya tngk carpet basah semula…
Ada sesiapa yg mengalami masalah sama?

LINK POST : KLIK SINI


Hii Guys..
Hari tu ramai yang suruh update tentang kerosakan kereta sy ini..
SC proton bgtw krete “Wire kena gigit tikus”.. n Dia xcover kerosakan…
Pelik btol.. tikus Gigit wire..
1. Engin full cover
2. Nipis sgt wire smpai di gigit bukan Krete Lama Wire terabur.
3. Masa PKP kereta ni selalu gerak.. Lpas tu sblum beli krete ni ade 3 lagi krete lain y park skali sama di tmpt tu tp Okey je xde masalah… Adakah X70 senang jd srang tikus??
4. Atau ia sekadar reason demi Menjaga..
5. Dah la towing cara y salah dan boleh merosakkan kereta lepas tu kerosakan xcover..
Can u guys help me sbb pening berfikir .. Another 3 car my 3 car MPV , Suv n sedan car xde pulak tikus masuk… N tmpt kami xpernah nmpak tikus pun..
Tq..

LINK POST : KLIK SINI


Hai warga proton X70…

Saya ada masalah sambungan mirroring untuk telefon AndroidOne. Telefon mi a2. IHU tak dapat detect. Kalau guna telefon Android biasa boleh buat sambungan ke IHU tanpa masalah( sambung guna kabel ). Ada sesiapa yang boleh bantu?

LINK POST : KLIK SINI


Hai guys, normal kah jika shift dari gear P to D or R ada bunyi macam longgar di bawah? Siapa ada masalah begini? Setahu saya kereta lama tak hairan kalau ada bunyi sebegini. CKD 2020

LINK POST : KLIK SINI


Geng, nak tanya korang punya keta kalau jalan yg lubangΒ² (terhentak) ada tak bunyi mcm rattling kat boot? Dulu suspect cargo cover tp dah tukar masih ada bunyi tu.. Now suspect dari pintu belakang.. Ada sesiapa yg ada masalah sama?

#x70 Proton Cars

LINK POST : KLIK SINI


Knowledge section : pada sesiape yang baru angkat x70, dan terasa suspension atau obsorber die berat / keras, boleh la check angin tayar anda kemungkinan besar terlebih angin. Pastikan angin tayar sentiasa berada di par yg ditetapkan. Semasa saya angkat x70, tpms menunjukkan 2.8 pada tayar depan dan 2.7 pada tayar belakang. Pengalaman memandu mase itu, terasa suspension dan absorber berat bile langgar lubang kecik atau jalan x rata. Pagi ni saya telah membuang angin berlebihan dan tetapkan tayar kepada 2.3 bar depan dan 2.2 bar belakang. Masalah suspension berat serta merta diselesaikan, dan terasa suspension lebih ringan dan tiada masalah semasa langgar lubang. Pemanduan menjadi lancar dan saya merasa puas hati , memenuhi keperluan saya semasa saya first time test drive x70. Now tiada masalah langgar lubang and stering pun jadi ringan. FYI jer.

LINK POST : KLIK SINI


I love my X70. Banyak juga kes beli kereta baru tapi macam2 masalah. Contohnya anak saya beli persona baru tahun 2018 tp ada bunyi di dashboard. Terkilan sungguh. Hantar proton mereka tolak sana tolak sini. Dah macam bola. Last2 bagitahu anak redha lah. Nasib awak dapat kereta yg bermasalah
Anak kedua beli second IRIZ. Alhamdulillah tak ada masalah. Hingga kini semua smooth sahaja. Dari PKP hngga ke hari ni baru sekali dia bawa keluar rumah. Kasihan IRIZ tu. Tapi still panaskan enjin
Alhamdulillah my X70 tiada apa2 masalah berat. Ada sekali sensor dia bermasalah. Hantar SC 3x pun masih sama. Last2 mrk tukar baru. Paling terkini bateri weak. Alhamdulillah lepas tukar semua dah ok kembali.
Sekarang baru join fb group ni. Baru mula tahu macam2 setting yang selama ni saya tak explore. Tahu driveeee sahaja.
Sekian kisah Proton
Terima kasih proton
Anak2 kami 3 dah besar memang sorang satu kereta. Kami suami isteri sorang satu kereta. Destinasi pergerakan kadang tak sama.
Kereta famili 1. Maka dah mcm used car dah parking kat rumah.
Alhamdulillah masa PKP raya tak ada polis datang rumah sebab fikir ramai dalam rumah. Padahal 7 beranak sahaja.

LINK POST : KLIK SINI


Alhamdulillah good news for us!
Saya baru dapat panggilan dari proton HQ utk issue absorber depan ada bunyi. Untuk pengetahuan semua, proton dah identify masalah sebenar yg menyebabkan bunyi dari absorber depan terjadi.
Proton HQ akan hantar 1 team ke SC berserta replacement part. punca masalah ini yg Proton HQ bagitau adalah absorber top mount.
So Proton will bring together improved parts to be installed to the car.
Very fast action from proton, thanks for the great job! Really appreciate it!
Sapa2 yg dah booking X70 tu blh tarik nafas lega ye, proton dah ada solution utk masalah ni, sama2 kita doakan tak ada issue lain yg timbul.
Thanks Proton HQ πŸ‘πŸΌ

LINK POST : KLIK SINI


Assalamualikum Hai Semua,, Maaf saya nak Tanya,, ada tak Pernah terjadi dengan kereta BARU kereta korang,, BTW sebelum tu kereta Saya Proton X70 Premium, beli hujung tahun lepas 2019. Pada Mileage KM 5000 lebih tiba-tiba kereta saya shut down semasa SEDANG turun bukit,, nasib baik brake berfungi time tu,, Dan bila saya start kereta TIDAK DAPAT ON keluar logo Bateri,, selepas 30 minit saya cuba n dia ON,, so masalah adalah bateri,,, ke esokan hari saya bawa kereta saya ke Proton Tempat saya beli,, bila di sana mereka kata β€œoh kita cas dulu bateri ni, kalau tidak ok kita tukar baru”
Petang hari itu bateri di cas ok dah,, Dan Di pasang macam biasa,
Proton Kata β€œkalau lepas ni bateri masalah baru boleh ( Claim warranty). JADI pada KM yang 36,000KM Kereta saya mati ngam2 pada mlm PKP Bermula,
Saya Cuba menghubungi β€œservice manager” mereka,, dia maklumkan Bateri sudah TIADA warranty,, Sebab pihak proton hanya boleh Claim sebelum KM 20,000 atau 12 bulan dari kereta di beli, (mana yang sampai dahulu)
Soalan saya,,
Kenapa,, beteri sudah ada masalah pada KM 5,000 dorang tidak ganti baru?
kenapa perlu di cas??
Bukan ka kereta Proton X70 Premium edisi pertama adalah CBU setahu saya di pasang di kilang Geely China (Kereta Import) bateri dah lama dalam kereta,
Pernah ka hal begini berlaku dengan anda??
Apakah Tindakan Anda?
DAN** kalau saya tukar beteri, adakah kena ikut seperti ori atau boleh guna beteri jenis lain, Dari segi jenama,
Jenis Bateri yang sesuai?? Ada yang kata kena pakai Beteri VARTA DIN75
Maaf, saya hanya minta pandangan anda,

LINK POST : KLIK SINI


Hi guys, nak tanya perasan ni lepas 1000km, masa received from SA tak perasan.
Tapi sebab bila service banyak lagi masalah lain nak complaint seperti windscreen lock problem, lupa terus nak cakap.
Masa service 20k ada cakap tapi proton service macam tak layan.
Nampak mcm merekah dari bawah, macam masalah kualiti cat.
Takut dia merebak pulak. Boleh tak claim warranty? Kena contact HQ?

LINK POST : KLIK SINI


Nak tanya saya ada masalah enjin sentap semasa start keta dan semasa perlahankan kenderaan dan nk amik speed balik.lg satu masa brek mengejut.enjin atau gear terasa sentap dan semput…ada jawapan tak?

LINK POST : KLIK SINI


Hi geng sekalian.. normal ke bila jalan and bila slow nak berhenti ade bunyi ketak.. ketak.. mcm bunyi brake ke ape ntah..bila laju xde ape masalah.. keta bru keluar ngam seminggu..

LINK POST : KLIK SINI


 

5 thought on “MASALAH PROTON X70 CKD/CBU | PROTON X70 CKD/CBU PROBLEMS”

  1. Anonymous

    Nak tanya yg pakai x70 CBU ada tak yg ada masalah gear box? Saya dah guna dlm 59000km gear box dah problem. Nasib baik masih dlm warranty dapat lh tukar gear box baru. Tapi masih risau kerana lepas ni dh tak ada warranty. Adakah gear box x70 ni tidak tahan lasak dan senang rosak.???

    Reply
    1. Anonymous

      Apa simptom dia? Saya Selepas servos 59K power kurang bila nk over take dan jerking gear 1,2.Mula2 SC cakap gearbox sekrg cakap wiring lak plus ECU

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!