PERKONGSIAN DARIPADA FACEBOOK KHALIL HAMID
RUGI 6 ANGKA DEKAT RUMAH NI Semoga dijadikan iktibar.
Now tengah tunggu loan buyer approve baru boleh betul2 lega.
.
Kisahnya, tahun 2015 saya beli rumah impian saya bernilai RM1.36 juta di Bt Caves. Ni kuota loan 90% ke-2 saya. Kalau nak beli rumah lagi, loan ke-3 dan seterusnya hanya boleh dapat 70% je.
.
Masa tu property tengah hot. Semua kata market nak boom! Saya tak nak ketinggalan. Ada satu teknik dipanggil βcompressed loanβ iaitu beli banyak unit sekaligus dan semua boleh dapat loan 90% (sebab bank tak tahu tu rumah yg sama atau lain2 bila kita submit loan kpd banyak bank sekaligus).
.
Memikirkan yg berpuluh tahun lagi baru boleh settle loan utk dapatkan semula kuota 90%, saya pun buatlah compressed loan tu. Beli 3 unit rumah 1.3xx juta! 1 di Bt Caves (yg saya duduk), 2 lagi di Puchong. Salah satunya rumah corner lot ni yg harganya 1.375 juta.
.
Saya dah buat kajian, tengok location, kaji spec rumah, background developer etc. Saya yakin dgn pembelian saya ketika itu. Target saya nak flip dgn profit 100k tiap satu. Tapi apakan daya, market hartanah jatuh teruk. Bukan saja property > 1 juta, malah property 500k pun payah nak jual.
.
Sejak siap pada 2017, saya berusaha jual rumah ni. Ejen & prospek silih berganti. Sampailah minggu lepas ada prospek bayar booking. Tu pun dpt jual 1.125 juta je. Rugi memang besar tapi sbb bayar bulan2 so impak dia tu tak teruk sangat lah.
.
Pedih sangat2 bila berhutang ni. Income besar pun tak terasa. Saya memang dah serik nak berhutang. Now all is CASH ONLY. Tak guna melabur pakai hutang sbb akhirnya bank yg untung. Awak pinjam duit bank pun 15 tahun terawal tu mostly bayar interest bank shja.
.
Saya nak pegang 3 hartanah shja lepas ni. 1 yg kami duduk, 2 lagi rumah2 kecil milik isteri di Puncak Alam & Bangi Sentral. Now nak jual 1 lagi rumah di Puchong & Selayang pula. Saya nak kurangkan hutang saya ke paras minimum.
.
Pengajarannya, jangan mudah percaya ramalan orang & jangan berhutang bila nak melabur. Kawal risiko anda. Semoga bermanfaat. SHARE & TAG kawan2 ya.
.
Kalau ada pengalaman serupa jemput komen utk pengajaran bersama.
.
.
Yang kini anti-hutang, MK @ ABANGLID
Leave a Reply