TERJERAT MULTISUBMISSION LOAN / COMPRESSED LOAN – HARGA RUMAH TURUN SEPARUH HARGA

PERKONGSIAN DARIPADA FACEBOOK SHAFIE BUSTAN

=================================
terjerut multisub – harga lelong turun separuh
=================================

 

mari aku kongsikan satu lagi kisah multisub atau loan compression…kali ini di unit baru siap .. servis apartment yang terletak di taman melawati…
area pun ok … strategic … bangunan cantik …low density…tidak kira siapa pun ajar .. siapa pun suruh.. korang kena faham process flow teknik bahaya terlebih dahulu..
.
.
korang tengok pada screen 1 … aku attachkan proclamation of sale … antara pihak hong leong bank dengan peminjam… harga rezab adalah RM437k …unit no ialah B-21-06 …
keluasan unit tersebut adalah 1126sqt ..
unit ini akan dilelongkan pada 1 october 2020…
tengok pada loan facilities yang dia sign dated 16 april 2019… memang baru sangat apartment ini.. baru siap dah pun kena lelong..
.
.
sebenarnye unit ini dah beberapa kali keluar lelong.. tetapi tiada pembida yang berminat.. maka harga rezab tersebut turun lagi rendah ..
kalau tengok data lelong yang aku ada.. berpuluh unit kena lelong disini…semua nye menunggu masa untuk harga rezab tu turun lagi dan lagi…
.
.
mari kita tengok berapa harga jualan waktu launching dulu…rujuk pada screen 2..
average selling price adalah rm761 per sqt…
korang boleh darap kan lah keluasan unit lelong ini 1126sqt x rm761 …maksud nye harga dalam snp tak lari RM856k.. tengok pula maintenance fees iaitu rm0.35 per sqt… jadi nye maintenance fees setiap bulan kena bayar adalah rm394 sebulan (35 sen x 1126sqt )
.
.
rupanye ini bukan lah satu unit yang dibeli atas nama yang sama… ada lagi unit lain yang dibeli menggunakan teknik multisub…
korang rujuk screen 3 yang mana unit no yang berbeza iaitu B-23-03 dengan harga rezab RM585k….
.
.
bila tengok detail ini tidak mustahil kenapa banyak yang kena lelong disini…
bila kita tengok iklan di mudah.. berapa agak nye boleh disewakan …korang boleh semak sendiri kat internet tu… rujuk di screen 4 … kalau tengok keluasan yang besar.. ada iklan sewa rm2k …
.
.
dengan kedua dua unit diatas… selling price dalam rm850k …loan korang lebih kurang rm800k…
tak lari installment loan tersebut rm4k…kalau cuma boleh sewa rm2k saja… tolak dengan maintenance fees rm394…gila banyak korang kena top up..bleeding teruk sangat tu…satu rumah lebih kurang kena top up rm2500 …kalau ada 2 unit rumah … sudah rm5k….tu kalau ada penyewa sewa rm2k lah…kalau kosong beberapa bulan….
tidak mustahil lah banyak unit unit yang kena lelong …
waktu ni sapa yang tanggung risiko pelaburan hartanah… adakah orang yang suruh korang buat multisub ke yang tolong bayar kan installment loan ??
.
.
sesiapa yang tidak kuat holding power…kesudahan nye .. tak larat nak top up..biar kan lelong saja lah..yang lagi sakit bila korang tengok harga rezab tu makin lama makin murah dari harga snp korang sign..pedih weiii !!!
pasal different tu korang kena top up kat bank…
kata kan lah baki loan sekarang korang ada RM800k … kemudian unit tu terjual di lelongan awam dengan harga rm400k.. different lagi rm400k masih lagi korang kena bayar kat bank …bukan sikit tau …kalau tak mampu nak bayar,, bank boleh ambil legal action dan seterus nye boleh bankrupt….
.
.
kenapa ada pihak pihak yang beria promote multisub ini…beria pertahankan teknik ini…
korang kena ingat… agent dibayar komisen berdasarkan berapa unit yang terjual .. berapa harga yang terjual…kalau 1 unit harga jual rm800k… komisen dapat 3% … sudah ada rm24k…
andai kata sorang client setuju buat multisub sebanyak 3 unit… korang kali lah weiii… masyuk sangat dapat rm72k untuk sorang client…
korang cari 10 client dah sedap lah… rm720k sudah dalam tangan…mudah jer kerja korang kan…betul tak ??
.
.
kalau dah tau masyuk dengan cara tu.. kenapa aku tak buat… aku pun ReN juga kan…aku ada prinsip aku sendiri … aku jadi ren untuk memudahkan urusan jual beli hartanah .. nak bantu orang dalam memiliki hartanah yang murah…. bukan nye nak menjerut orang dengan teknik multisub ini…. bukan untuk buat client punya financial burst sampai tak tido malam …kita sebagai ReN ada etika .. kalau korang tak nak beli dengan aku …aku tak kisah pun… aku tak hadap pun… pasal aku ada source income lain… ramai sangat yang terkena dengan manusia yang rakus mengejar duit komisen semata mata tanpa memikirkan impact pada client tu… aku tak tau lah cakap apa pada orang gini..hati keras ker .. hati hitam ker…
aku register jadi ReN pasal banyak kes kes kena tipu diluar sana…aku ambil course CeA untuk nak jadi prinsipal pasal nak kan orang kita lebih ramai lagi involve dalam bidang hartanah ini….
buat lah cara betul yang telah ditetapkan oleh board…
.
.
okay lah..

sekian saja perkongsian aku pagi ini.. aku nak balik

Homestay Kontena Melaka

sebab nak bawa mak aku gi follow up medical check up…

moga dipermudahkan segala urusan aku…
.
.
kalau korang teruja tengok harga lelong yang makin murah tu.. pastikan korang ada ilmu dulu..beli hartanah lelong pun ada risiko yang korang wajib tau… aku dah tulis pengalaman ak terjebak dlm dunia lelong ini dari 2006.. macam macam kes aku dah lalui… aku kongsikan dalam penulisan dibawah ini.. klik je link dibawah ..

 

.
korang share kan lah posting ini agar lebih ramai yang peka tentang bahaya multisub ini…

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!