WARIS TAK BAGI KERJASAMA UNTUK URUSKAN PUSAKA. BAGAIMANA NAK BUAT?

Penulisan diambil dari facebook page peguam : Salkukhairi Abd Sukor

WARIS TAK BAGI KERJASAMA UNTUK URUSKAN PUSAKA. BAGAIMANA NAK BUAT?

1. Isu waris tak nak bagi kerjasama dalam urusan pusaka ni bukan perkara asing. Banyak berlaku dalam masyarakat kita.

2. Banyak sebab kenapa mungkin waris tak nak bagi kerjasama. Antaranya, dengki dan bimbang orang lain dapat harta lebih daripada dia, terlalu sibuk dengan kerja dan komitmen peribadi, tak ada ilmu tentang urusan pusaka, tak sependapat sesama waris, masalah perbalahan yang telah lama berlaku dan lain-lain lagi.

3. Jika perkara ini berlaku apa yang boleh anda lakukan?

Mari kita lihat apa yang dicadangkan oleh Tuan Ahmad Termizi Abdullah, Peguam Pakar dalam urusan Pusaka yang juga merupakan Presiden K-LITERASI, sekiranya waris waris tak bagi kerjasama untuk selesaikan urusan pusaka.

A. Kalau waris tak bagi kerjasama dengan cara tidak mahu hadir bicara pusaka di pejabat pusaka kecil, sebenarnya kes masih boleh diteruskan jika waris sign Borang DDA / Afidavit.

B. Kalau sekiranya waris tersebut tak bagi kerjasama dengan cara tidak mahu sign apa-apa dokumen untuk urusan pusaka, sebenarnya kes masih boleh diteruskan di pejabat pusaka kecil dengan cara sama ada waris yang bersetuju lantik pentadbir atau pohon perintah pembahagian ikut faraid. Tetapi pemohon masih kena datang beri keterangan tentang nasab si mati bersama saksi-saksi yang sudi beri kerjasama. Dan yang jadi saksi ini tak semestinya waris.

C. Tapi kalau kes di mahkamah tinggi, kalau waris tak beri kerjasama dengan cara tak mahu sign afidavit penolakan, memang nak lantik pentadbir pun tak boleh lah.

Tak lantik pentadbir, memang sampai ke sudah lah tak boleh pohon perintah pembahagian.

D. Kecualilah ada wasiat tentang perlantikan wasi oleh si mati, jika tak de kerjasama waris pun, masih boleh dapatkan geran probate.

E. Tapi dalam apa-apa hal sekalipun, dokumen-dokumen tentang waris masih diperlukan seperti salinan IC / salinan sijil nikah dan sebagainya.

F. Kalau dokumen tak ada, lepas tu tak mahu sign apa-apa dokumen, dan tak mahu hadir bicara kuasa, maka membekulah harta pusaka tu sampai kiamat.

G. Jika sebahagian waris bagi kerjasama, cuma sebahagian lagi tak bagi kerjasama, maka bahagian yang bagi kerjasama boleh diteruskan sehingga ke peringkat pembahagian, manakala untuk bahagian waris yang tidak bagi kerjasama, sekurang-kurangnya kena ada yang sanggup kerjasama untuk jadi pentadbir. Atau bahagian tersebut akan diserahkan kepada Amanah Raya sebagai pentadbir.

Kalau nak jadi pentadbir pun tak sanggup bagi kerjasama, bergaduhlah sampai kiamat.

4. Jadi kesimpulannya, sebenarnya tak ada faedah pun kalau waris-waris tak bagi kerjasama dalam urusan pusaka ni.

5. Kita nak selesaikan urusan pusaka ni supaya masing-masing akan dapat hak masing-masing. Tak nak timbul isu termakan harta orang lain secara batil. Nasib mak ayah kita dalam kubur tu tak tahu lagi bagaimana selagi mana urusan pusaka tidak selesai.

6. Tapi jika ada waris tak setuju, maka jadi payahlah urusan. Harta pusaka tu pun akan jadi harta pusaka beku sampai bila-bila. Lama-lama nanti dapat ke kerajaan. Sebab tak de siapa nak tuntut.

Akhirnya semua melepas..padan muka..😄😄

Diolah oleh:

SALKUKHAIRI ABD SUKOR

Timbalan Presiden

Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia

(K-LITERASI)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!